1) Menyimpan Susu Ibu:
- Botol susu kecil amat sesuai digunakan.
- Bekas kedap udara daripada gelas atau plastik yang keras dan tahan dalam peti sejukbeku termasuklah bekas dadih.
- Bag sejuk beku khas untuk susu ibu juga boleh digunakan, terdapat jenama Medela, Avent, Gerber, Playtex.
- Jangan menggunakan plastik aiskrim kerana ia tidak bersih dan boleh merosakkan susu.
- personally...saya lebih suke simpan stok dalam kuantiti 3.5oz-4oz..mean skali bagi terus untuk baby. lebih jimat dan selamat sebab kebanyakan baby saya apabila berumur hingga 9bln..skali minum hanya 3.5oz-4.0oz bergantung kepada keadaan.
- Basuh bekas menyimpan susu dalam air panas bersabun dan bilas dengan air panas.
- Biarkan bekas kering di tempat yang bersih.
- Anda juga boleh mensteril bekas dengan menggunakan sterilizer yang dijual di kedai bayi atau farmasi. Skarang ni ada mcm2 jenis sterilizer..ada yang plus warmer skali. contohnya Avent, Tommy Tippee, Little Bean dll. tapi saya lebih prefer Little Bean memandang murah dan skali skala digunakan..hehe
- Sejukkan susu dalam masa 1 jam selepas diperah.
- {mosimage}Labelkan bekas dengan tarikh dan masa perahan.
- Sejukkan susu yang baru diperah dahulu sebelum mencampurkannya dengan susu yang sudah sedia sejuk.
- Jangan isi susu terlalu penuh di dalam bekasnya, tinggalkan 1 inci untuk susu mengembang semasa proses sejukbeku.
4) Ketahanan susu ibu bergantung kepada cara bagaimana ia disimpan:
- Suhu bilik (25 hingga 37 darjah celcius) -> hanya 4 jam
- Peti sejuk (bahagian atas -freezer) -> 3 bulan
-Peti sejuk 1 pintu -> kalau boleh dielakkan
- Peti sejuk (bahagian bawah) -> 3 hingga 5 hari
- Sejuk beku (deep freezer) -> 6 bulan
- Susu ibu hendaklah disejukkan jika ia tidak digunakan dalam masa 4-6 jam selepas diperah.
- Tempatkan bekas susu di bahagian paling sejuk peti ais (jauh daripada pintu).
- Jika telah melampaui masa simpanan, jangan sayang untuk membuangnya. Kalau tak sempat nak label at least kite susun botol tu ikut turutan (mcm konsep FIFO-First in first out)
- {mosimage}Susu ibu yang asalnya beku dan telah dicairkan, boleh digunakan dalam masa 24 jam jika disimpan di dalam peti ais.
- Susu ini tidak boleh dibekukan semula selepas dicairkan.
- Semak tarikh pada bekas penyimpanan. Gunakan susu yang lama dahulu.
- Nyahbekukan susu beku dengan meletakkannya di bahagian fridge selama 4 jam atau
- Lalukan bekas susu yang beku tadi di bawah air paip yang sejuk. Setelah ia mula cair, lalukan atau rendam dalam air suam pula untuk terus mencairkannya.
- Jangan cairkan pada suhu bilik. Suamkan susu tadi dengan merendamkannya di dalam mangkuk yang berisi air panas atau lagi senang kalau gune warmer.
- Jangan mencairkan atau memanaskan susu di dalam ketuhar gelombang mikro, oven atau di atas api. (No..no...no) mikrowave sgt membahayakan kesihatan baby.
6) Panduan Memberi Susu Ibu:
- Goncang perlahan susu yang telah suam dan rasa kepanasannya dengan tangan anda sebelum menggunakannya.
- Pegang bayi semasa memberinya susu perahan.
- Jadikan penyusuan menyeronokkan; bercakap dan senyum dengan bayi.
- Sendawakan bayi selepas memberi susu perahan.
- Gunakan susu ini dalam masa 1 jam. Buang selebihnya.